Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, lelaki berusia 35 tahun yang merupakan penjawat awam dan pasangannya berusia 34 tahun ditangkap pada pukul 9.45 malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak setahun lalu.

"Kedua-dua suspek ditahan di dalam sebuah kereta Perodua Viva dan dipercayai sedang menjalankan urusan jual beli dadah.

"Pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut menemukan satu ketulan mampat dadah jenis ganja yang diletakkan di dalam sebuah kotak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE