Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Lima pegawai kanan FIC dipanggil ke SPRM

Pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hadir
PASUKAN penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hadir di pejabat Felda Investment Corporation di Jalan Gurney untuk mengambil beberapa dokumen bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/ZAINI HUSIN

KUALA LUMPUR 17 Julai - Sekurang-kurangnya lima individu dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) pada 2013 dan 2015.

Video oleh FARABI SAID AL JABRI

 

Menurut sumber, kesemua individu terbabit merupakan pegawai kanan dari FIC dan menjadi saksi penting dalam siasatan tersebut.

Ujarnya, individu terbabit juga telah diserahkan notis oleh pasukan penyiasat untuk hadir ke pejabat SPRM bagi mengambil ke­terangan.

“Pasukan penyiasat daripada bahagian Pengubahan Wang Ha­ram dan Perlucutan Harta telah hadir ke pejabat FIC di Jalan Gurney kira-kira pukul 10.30 pagi ini dan segala prosedur mengambil dokumen selesai kira-kira pukul 5.45 petang ini,” katanya di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Pada 10 Julai lalu, Ke­tua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan pihaknya telah mengarahkan pa­sukan penyiasat membuka kertas siasatan terhadap Felda selepas pihaknya menerima maklumat baharu berhubung kes tersebut.

Susulan pendedahan itu, SPRM dalam satu kenyataan kelmarin menyatakan beberapa saksi pen­ting akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014.


Video oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

Sementara itu, tinjauan pemberita di Balai Felda Jalan Semarak di sini hari ini mendapati seba­nyak lapan pegawai SPRM hadir ke pejabat FIC yang terletak di tingkat 4 bangunan itu.

Mereka berada di pejabat FIC selama hampir lapan jam bermula pukul 10.20 pagi dan pulang bersama tiga kotak dokumen dipercayai berkaitan pembelian hotel di Kensington.

Dalam pada itu, Pegawai Komunikasi Korporat FIC, Fathi Ahmad Shah dalam satu kenyataan ringkas berkata, pihaknya telah memberikan kerjasama penuh kepada petugas SPRM untuk menjalankan siasatan.

“FIC amat komited dan menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pihak berkaitan dalam menjamin ketelusan, integriti serta budaya perniagaan beretika sebagai asas pengurusan korporat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain