Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bapa Ketua Biro Utusan Selangor meninggal dunia

KOTA BHARU 18 Julai - Bapa kepada Ketua Biro Utusan Malaysia Selangor, Asron Mustapha meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Kampung Padang Mokkan, Peringat di sini malam tadi.

MUSTAPHA CHE YAAKOB
ALLAHYARHAM MUSTAPHA CHE YAAKOB

Mustapha Che Yaakob, 70, ditemukan anak saudara yang juga jirannya dalam keadaan duduk di kerusi di ruang tamu, kira-kira pukul 9 malam tadi dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa jam sebelum itu.

Anak saudara Allahyarham, Mohd. Azmi Ismail, 52, berkata, dia hairan apabila lampu di depan rumah Mustapha tidak dinyalakan seperti biasa lalu meminta anaknya menjenguk warga emas itu.

"Anak saya pulang dan memberitahu Pak Do tidak sedarkan diri. Saya bergegas ke rumah dan mendapati bapa saudara saya itu sebenarnya sudah meninggal dunia," katanya.

Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Canggah pukul 11 pagi nanti. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain