Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kerajaan mahu TNB jadi jaguh dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama kakitangan TNB ketika Majlis Mesra Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2017 di Ibu Pejabat TNB Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE/Riduan Rizal Ahmad

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kerajaan akan terus menyokong perkembangan syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dalam memastikan TNB menjadi antara syarikat gergasi di peringkat serantau dan antarabangsa, demi membawa imej Malaysia ke peringkat yang tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hasrat itu bukan satu angan-angan tetapi berdasarkan asas yang dimiliki oleh TNB sendiri yang kini telah menerokai industri tenaga di pelbagai negara seperti Arab Saudi, Turki, India dan Eropah.

Katanya, TNB sendiri telah mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu oleh Brand Finance yang beribu pejabat di London, apabila meletakkan TNB pada kedudukan ke-24 daripada 50 jenama utiliti terkemuka dunia melalui laporannya bagi tahun 2017.

“Saya mengiktiraf projek Transit Aliran Massa (MRT) yang dilancarkan hari ini sebagai infra rakyat. Tetapi saya juga mengiktiraf TNB sebagai infra rakyat, dengan menyedikan bekalan elektrik iaitu keperluan yang sangat penting kepada negara.

“Kerajaan akan terus mendokong TNB bagi memastikan syarikat itu terus bersaing di peringkat dunia dan menjadi ‘powerhouse’ (syarikat utama) dalam industri tenaga di rantau ini dan seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata semasa berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran TNB di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain