Tinjauan UTUSAN ONLINE mendapati rata-rata pengguna berasa bangga dengan adanya pengangkutan awam yang memudahkan mereka ke destinasi dengan cepat dan mudah.

SAIFUL RIDZUAN
SAIFUL RIDZUAN

Salah seorang pengguna, Saiful Ridzuan, 30, berkata, MRT menjadikan perjalanan cepat dan pantas.

"Tidak membuang masa, apabila MRT berhenti tidak terlalu lama.

"Kemudahan yang disediakan banyak, seperti ruang tangga bergerak yang lebih besar, luas, dan selesa," katanya ketika ditemui di stesen Tun Razak Exchange (TRX).

Fasa kedua sepanjang 51 kilometer melibatkan 33 stesen dengan tujuh daripadanya melibatkan stesen bawah tanah.

MILLIE TAN
MILLIE TAN

Sementara itu, Millie Tan, 60, berkata, sebelum ini terpaksa memandu sendiri dan perjalanan mengambil masa yang panjang, kini tidak lagi dengan adanya MRT.

"Bukan itu sahaja, wujudnya MRT turut memberi kemudahan kepada orang kelainan upaya (OKU) dengan jalan yang disediakan.

"Saya yakin ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan menjimatkan kos sara hidup," katanya.

Beliau berharap, kerajaan dapat mengekalkan harga tambang supaya tidak membebankan rakyat. - UTUSAN ONLINE