Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MRT Fasa 2 dilancar

Mengubah landskap pengangkutan awam negara

Sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT) melalui Stesen Kajang pada tempoh operasi percubaan penuh fa
Sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT) melalui Stesen Kajang pada tempoh operasi percubaan penuh fasa kedua laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di Stesen MRT Kajang, Kuala Lumpur, semalam. – Bernama

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelancaran sistem pengangkutan awam moden, Transit Aliran Massa (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) esok bakal mengubah landskap pengangkutan awam negara secara menyeluruh.

Ketua Pegawai Ekseku­tif Mass Ra­pid Tran­sit Cor­poration Sdn. Bhd. (MRT Corp), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, malah projek yang dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun itu merupakan salah satu projek mega infrarakyat yang lebih cekap dan efesien.

Katanya, projek yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah untuk dimanfaatkan 1.2 juta penduduk.

“Pelaksanaan MRT Laluan SBK ini merupakan pencetus kepada perubahan landskap bukan sahaja pembangunan negara malah pengangkutan awam yang lebih moden setanding negara maju.

“Selain itu, jajaran MRT bagi laluan ini juga dilihat mampu meningkatkan liputan rangkaian rel bandar sekali gus memudahkan penduduk untuk menggunakan pengangkutan awam khususnya di kawasan yang tidak mempunyai akses perkhidmatan awam sedia ada,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shahril berkata, kemudahan itu juga dilihat dapat meningkatkan tahap ekonomi negara sekali gus mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Saya percaya, dengan adanya kemudahan ini, ia secara tidak langsung dapat mengembangkan aktiviti ekonomi negara selain memajukan kawasan pinggir bandar.

“Tambahan pula, tambang yang dikenakan bagi laluan MRT SBK ini sangat berpatutan bermula antara RM0.80 hingga RM6.40,” jelasnya.

Projek MRT Fasa Dua Laluan SBK menelan belanja sebanyak RM23 bi­lion, sejauh 51 kilometer terdiri daripada 19 stesen dan tujuh daripada­nya adalah stesen bawah tanah.

Perkhidmatan ini akan beroperasi mengikut kekerapan setiap 3.5 minit mempunyai empat gerabak dapat memuatkan seramai 1,200 penumpang bagi satu perjalanan dan menganggarkan sebanyak 400,000 penumpang sehari.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain