Ketibaan Perdana Menteri pada pukul 10.10 pagi disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron dan Ketua UMNO Bahagian, Tan Sri Mohd. Rustam serta kira-kira 20,000 para perwakilan dan rakyat.

Najib meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk bersalaman dengan para perwakilan dan rakyat yang memenuhi dewan itu sejak pukul 8 pagi. -UTUSAN ONLINE