Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Satu lagi kematian akibat jangkitan Rabies

Florancesia Edward
Florancesia Edward

KUCHING 17 Julai – Wabak jangkitan virus rabies atau anjing gila semakin serius di negeri ini apabila satu lagi kes kematian dan 23 gigitan anjing baharu dilaporkan berlaku hari ini.

Seorang kanak-ka­­­­nak perem­puan, Florancesia Edward, 5, dari Kampung Am­pungan, Serian merupakan mangsa terbaharu yang meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian di Sarawak bertambah kepada empat orang setakat ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pe­­­ngu­rusan Bencana negeri dalam kenyataan memberitahu, mangsa meninggal dunia pada pukul 2.05 petang akibat rabies encephalomyelitis.

“Sebanyak 97 kes gigitan anjing baharu telah dikesan berlaku dari 2 hingga 17 Julai ini dengan 24 kes merupakan kes gigitan yang berlaku pada hari ini.

“Jumlah dilaporkan ini men­jadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 1 April lalu hingga ke hari ini ialah 368 kes manakala 251 orang telah datang untuk menerima vaksin,” kata ke­nya­taan itu di sini hari ini.

Sementara itu di IPOH, ke­rajaan negeri Perak meng­isytiharkan Mukim Matang dalam daerah Larut, Matang dan Selama sebagai ka­wasan jangkitan penyakit anjing gila atau rabies, berkuat kuasa hari ini sebagai langkah proaktif un­tuk pencegahan dan pengawalannya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang me­ngeluarkan perintah itu di bawah Subseksyen 39 (1) Akta Binatang 1953, turut mengumumkan la­rangan untuk membawa mana-mana anjing keluar dari mukim berkenaan melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Pe­ngarah Per­khidmatan Veterinar negeri.

Zambry berkata, orang yang bertanggungjawab ke atas mana-mana anjing dalam kawasan jangkitan itu juga hendaklah menyimpan haiwan berkenaan di bawah kawalan ketat.

“Langkah itu termasuk sama ada mengurung dalam satu kawasan ter­tutup yang tidak me­mung­kinkan anjing itu me­lepaskan diri, me­­ngikatnya de­ngan selamat atau menuntun dengan menggunakan rantai, tali pintal atau kulit yang diikat dengan kuat pada relang leher dipakai oleh anjing tersebut.

“Mana-mana anjing dalam kawasan jangkitan yang tidak dikawal secara efektif mengikut Perintah 4, boleh dimusnahkan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah Per­khidmatan Veterinar negeri.

“Sehubungan itu, orang yang telah diberi kuasa itu boleh memasuki mana-mana tanah, bangunan atau premis untuk memeriksa anjing yang berada di kawasan jangkitan bagi melaksanakan perintah peruntukan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas me­­rasmikan Persidangan Setiausaha-setia­usaha Kerajaan Negeri Mengenai Tindakan Terhadap Isu-isu Laporan Ketua Audit Negara di sini hari ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain