Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan memberitahu, mangsa terbaru iaitu kanak-kanak perempuan berusia tujuh meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak (HUS) pada pukul 2.05 petang tadi.

"Mayat mangsa akan dibawa ke Kampung Ampungan di Serian untuk urusan pengebumian," kata kenyataan itu.

Pada Jumaat lalu, wabak rabies membunuh mangsa ketiga iaitu Alicesa Lovenna, 7, dari Kampung Lebur, Gedong di Serian.

Terdahulu pada 4 Julai lalu, dua beradik iaitu Monica Mazlan, 6, dan adiknya Jackson , 4, dari Kampung Paon Rimu, Serian, menjadi mangsa pertama meninggal dunia akibat dijangkiti virus sama. - UTUSAN ONLINE