Perdana Menteri berkata, dengan tahap sokongan rakyat kuat di kawasan tersebut terhadap BN pada PRU sebelum ini, beliau yakin Masjid Tanah akan terus menjadi kubu kuat parti UMNO.

"Masjid tanah ni kita nak terus ia jadi kubu kuat UMNO, kalau tak kukuh ada benda pelik berlaku misalnya di Parlimen Bukit Katil ada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kita patut menang tetapi kalah dengan 48 undi.

"Justeru, saya yakin dan percaya Masjid Tanah dibantu oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron akan terus kekal kubu kuat UMNO dan BN.

"Jika dahulu Parlimen menang dengan kelebihan 16,000 undi, akan datang kita tingkatkan kepada 20,000," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di pekarangan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Masjid Tanah di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE