Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menegaskan, pertamanya sayap parti perlu memberi maklumat tepat kepada masyarakat apabila tohmahan dibuat pembangkang.

"Kedua, apabila mereka memutarbelitkan sesuatu fakta, maka kita perlu membetulkan persepsi dan memberitahu apa yang sebenarnya berlaku," ujarnya yang juga Pengerusi MCA Johor.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda MCA negeri di Kawasan Perindustrian Gelang Patah di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE