Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

DBKL lancar aplikasi CePAT, tangani bencana dengan berkesan

ANGGOTA Skuad Penyelamat DBKL, Mohd Shahrizal Abu menunjukkan 3
ANGGOTA Skuad Penyelamat DBKL, Mohd Shahrizal Abu menunjukkan aplikasi Cerapan, Pelaksaan, Amaran dan Tindakan (CePAT) pada Majlis Pelancaran Aplikasi CePAT di Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR 17 Julai - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan aplikasi sistem amaran bencana iaitu Cerapan, Pelaksanaan, Amaran dan Tindakan (CePAT) yang bertujuan menguruskan sesuatu bencana di ibu kota dengan pantas dan berkesan.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, sistem itu dihubungkan dengan aplikasi telegram secara percuma untuk kegunaan orang awam.

“Ia dibangunkan khas untuk pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan dalam usaha menambah baik pengurusan bencana dari segi penyebaran maklumat bencana dan tindakan menyelamat.

“Fungsi utama aplikasi ini adalah menghubungkan antara agensi kerajaan dengan orang awam dalam memberi maklumat berkaitan bencana yang berlaku dengan lebih cepat dan berkesan,” katanya ketika berucap melancarkan aplikasi tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, menerusi aplikasi itu, orang awam boleh melaporkan dan memberi maklumat berkaitan bencana sekiranya mereka berada di tempat kejadian bagi memudahkan agensi mengambil tindakan lanjut - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain