Ketua Komunikasi Strategik PLUS, Mohd. Nizam Ismail berkata, pihaknya memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang insiden yang boleh membahayakan keselamatan pengguna terutama melibatkan tumpahan cecair berbahaya di lebuh raya.

“Laluan tersebut hanya boleh dibuka semula setelah PLUS mendapat nasihat dan pengesahan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Ini setelah semua pemeriksaan dan penilaian dilaksanakan dengan teliti dan komprehensif berdasarkan prosedur keselamatan yang sedia ada,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE