Selain Mohd. Shuib, kira-kira 15 keluarga dari kampung ber­kenaan juga mengalami nasib sama apabila mereka diarahkan mengosongkan kediaman yang didakwa dibina di atas tanah milik seorang individu itu, da­lam tempoh enam bulan ini.

Rumah di kawasan berkenaan dibina sejak 1970-an, difahamkan di atas tanah kerajaan sehinggalah ada seorang individu datang memaklumkan bahawa kawasan seluas 1.4 hektar itu adalah miliknya iaitu pada 2005.

Pada tahun lalu, individu ber­kenaan membawa isu ber­kenaan ke mahkamah dan keputusannya, mereka perlu mengosongkan rumah di kawasan itu bermula bulan ini sehingga Jun depan.

“Saya tidak tahu hendak berteduh di mana selepas ini. Ka­mi bukan orang se­nang, ini (rumah) ia­lah satu-satunya harta kami. Di penghujung usia ini, saya berharap dapat berte­duh di rumah ini.

“Saya harap keraja­an negeri dapat cam­pur tangan dalam isu ini dan kalau kami tetap juga diarahkan keluar, gantilah de­ngan kediaman baha­ru kerana kami memang tidak mampu dan tidak mempunyai tanah lain untuk membina rumah,” kata Mohd. Shuib dalam nada sebak ketika ditemui, di sini hari ini.

Sebelum itu, penduduk Kam­pung Seri Kesinai hadir ke Pejabat Menteri Besar di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini bagi menyerahkan me­morandum meminta kerajaan negeri membantu mereka dalam isu ini.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Azmi Abd. Rahman, 40, berkata, pihak­nya meminta Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menyiasat bagaimana tanah yang pada satu ketika dahulu dikatakan milik kerajaan kini jatuh ke tangan individu lain.

Katanya, kawasan ter­sebut sudah dihuni oleh empat generasi sejak 70-an dan sekiranya tanah itu diambil kembali, bagaimana nasib penduduk yang berkemungkinan terpaksa merempat.

“Kami harap sangat ke­rajaan negeri dapat membantu kami dan jangan biarkan kami merempat di tanah air sendiri,” katanya.

Nor Hayati Ahmad, 52, pula berkata, dia hanya membantu anak sulungnya berniaga kecil-kecil dan hasil pendapatan itu cukup untuk mereka menampung kehidupan seharian.

“Selama ini, biarpun kadang-kala tidak cukup makan tapi kami masih ada tempat berte­duh. Selepas ini, tidak tahulah bagaimana. Tolonglah jangan usir kami,” katanya.