Turut berangkat hadir ialah Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan diakad nikah pada 15 Februari 1967 di Kota Bharu, Kelantan dan dikurniakan seorang putera, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta seorang puteri Sharifah Fazira yang kini bergelar Tengku Puteri Mahkota Perlis.

Baginda berdua juga dianugerahi empat orang cucunda iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana, Syed Sirajuddin Areeb Putra dan Puteri Nurlin Syazwani. - UTUSAN ONLINE