Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalu­llail menyatakan, kerjasama itu nanti berkaitan penyelidikan kerana ULB yang berpengkalan di Brussels, Belgium itu adalah antara universiti penyelidikan tersohor dunia.

Baginda yang juga Tuanku Canselor Unimap menyatakan, rundingan awal mengenai perkara itu telah diadakan dan pihak ULB menyatakan kesediaan untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya dalam bidang pengajian berkaitan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menyatakan perkara itu selepas mengetuai delegasi Unimap me-ngadakan perbincangan dengan para pegawai tinggi ULB sempena Jelajah Ilmu Unimap Siri Ke-14, di Brussels, Belgium baru-baru ini.

Berangkat sama ialah anak­anda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Turut menyertai lawatan itu ialah Duta Besar Malaysia ke Belgium, Datuk Hasnuddin Hamzah dan Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Mohd. Fo’ad Sakdan.

Sewaktu perbincangan ber­kaitan, delegasi Unimap diberikan taklimat oleh Prof. Marie-Paule Delplancke-Ogletree dari Brussels School of Engineering - 4 MAT Department ULB.

Dalam perbincangan berke­naan, Zul Azhar pula antara lain membentangkan pencapaian Unimap yang mengembangkan sayap menerusi kerjasama dengan pelbagai universiti terkemuka seluruh dunia.

Beliau memaklumkan Unimap turut memperkenalkan program wakaf tunai bagi kemudahan pelbagai pihak untuk menyumbang terhadap pembangunan akademik buat universiti tersebut.

Contohnya kata beliau, hasil kutipan itu Unimap berjaya menjana pendapatan lebih RM7 juta menerusi Unit Kelestarian Kewangan sejak dua tahun lepas.