Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Yuna dapat perhatian Quincy Jones

FOTO yang dimuat turun oleh legenda Quincy Jones bersama-sama
FOTO yang dimuat turun oleh legenda Quincy Jones bersama-sama dengan Yuna dalam lama Facebook beliau mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

KUALA LUMPUR 17 Julai - Penyanyi kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yunalis Zarai, 31 atau Yuna pasti berbangga apabila dirinya mendapat pujian daripada legenda jaz dunia, Quincy Jones, 84, yang juga idolanya sejak zaman remaja.

Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik Jones di laman Facebook miliknya, penyanyi tersebut menyifatkan Yuna sebagai seorang artis muda yang bukan saja boleh memberi inspirasi kepada generasi baharu, tetapi juga orang lama sepertinya.

“Separuh abad saya menghabiskan kerjaya dalam bidang ini dengan pelbagai pengalaman termasuk memberi penghormatan terhadap guru-guru ketika membuat sesuatu yang boleh mendatangkan inspirasi.

“Yuna merangkumi semua itu, penuh dengan komitmen berbekalkan suara emas miliknya. Dia juga tidak lupa menghargai pengaruhnya, sebab itu saya sangat menghormatinya,” memetik kapsyen yang diserta bersama-sama gambar tersebut.

Tambah karyawan itu, dia sempat berbual mesra dengan Yuna ketika bertemu pada majlis pelancaran fonkepala JBL E55BT Quincy Edition di Amerika Syarikat pada 8 Julai lalu. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan