Katanya pasukan akan lebih sukar mencipta kemenangan sekiranya pemain sendiri tidak mempunyai keyakinan diri untuk mengatasi juara Liga Super itu sekali gus membawa TRW ke peringkat suku akhir saingan. 

"Tunjukkan kebolehan anda walaupun separuh penyokong tidak yakin dengan perlawanan malam esok, " katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Kelantan kini berada di tangga ketiga daripada empat pasukan selepas sekadar memperoleh satu seri dan satu kekalahan.

"Walaupun nampak sukar kerana JDT berada dalam suasana kemenangan hasil perlawanan sebelum ini ke atas Kedah dengan jaringan besar dan saya tidak nampak mereka (JDT) mempunyai kelemahan ketara namun apa yang pasti kelemahan kami perlu segera diatasi," katanya.

Kata bekas pemain Perlis itu lagi, pemain juga harus mematuhi perancangan yang telah diatur bersama barisan jurulatih yang lain. 

"Permainan bola sepak kita perlukan konsistensi dan tumpuan 90 minit perlawanan terutamanya bertemu pasukan elit seperti JDT sebelum keputusan berlaku, " katanya. 

Tambah Yusri, dia akan membuat beberapa rombakan untuk pertemuan malam esok terutama di bahagian pertahanan.- BERNAMA