Pemandunya, Ole Christian Veiby dan pembantunya, Stig Rune Skjaermoen yang memandu kenderan Skoda Fabia R5 mencatat masa 3 jam 2 minit 29 saat.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang wang tunai USD1,000 (RM4,500).

Sementara pasukan MRU Motorsport dinobatkan sebagai juara kategori AAM Malaysia Rally pusingan kedua selepas mengatasi 21 pemandu lain dengan catatan masa 3:59:19.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datin Paduka Raja Nor Mazli Tun Raja Mohar dan Pengarah Tourism Johor, Syukri Misbah hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang di Litar Johor di sini petang ini.

Seramai 29 pelumba dalam dan luar negara menyertai kejohanan itu dahulunya dikenali sebagai Kejuaraan Rali Malaysia (MRC) yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin.

Kejohanan itu menyaksikan pelumba antarabangsa antaranya dari Belgium, Sweden, Norway, Finland, Australia, New Zealand, Jepun, India dan Indonesia menempuh 14 peringkat sejauh 158 kilometer (km). - UTUSAN ONLINE